Assalamualaikum semua! :) Ni salah satu sedutan dalam Bertemu Cintaku. Enjoy! Jangan lupa komen ye. Thankss ♥
“Dari
tadi aku tengok kawan aku asyik sengih. Kenapa?” Tanya Nazhirah sambil
menghampiri Liya yang sedang menyusun kek cawan di dalam kotak berwarna hitam
yang dihias dengan reben besar.
Liya tersengih. “Saja je...”
“Yelah tu. Cakaplah...” Nazhirah
mencuit-cuit bahu Liya.
“Aku jumpa kawan lama aku. Dia...”
Liya berhenti bercakap apabila pintu loceng kedainya berbunyi. Dia berpaling ke
arah pintu sebelum matanya membulat. Zafran sedang melangkah ke arahnya sambil
menanggalkan cermin mata hitamnya.
“Kau datang?”
“Kan aku cakap nak datang...” Balas
Zafran sambil memandang keadaan kedai Liya yang memang comel. Pandai jugak dia
menghias.
“Nak makan apa?”
“Apa yang best?” Tanya Zafran sambil duduk di atas sebuah kerusi panjang yang
memang disediakan di sepanjang kaunter yang menempatkan pelbagai jenis pastry
dan juga kek.
“Apple
pie dia best.” Sampuk Nazhirah
tiba-tiba sebelum mengenyit mata ke arah Liya dan cepat-cepat berlalu pergi
dari situ apabila melihat Liya memandangnya bagai nak telan.
“Aku nak apple pie.”
“Air?”
“Cappuccino dia pun sedap!” Jerit
Nazhirah dari bilik belakang. Liya mengetap gigi. Sibuklah Nazhirah ni!
“Kau bising lagi, aku report kat abang Rafeeq!” Jerit Liya
balik sebelum dia dapat mendengar Nazhirah ketawa.
“Cappuccino satu.”
Liya mengangguk sebelum mengambil
satu pinggan kecil lalu diletakkan sepotong pai epal. Kemudian dia menyediakan
cappuccino dan mengukir senyuman jahat setelah mendapat satu idea yang sangat
bagus.
“Nah...”
Zafran memandang cappuccinonya
sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Liya yang tersenyum.
“Smiley?”
“Biar kau selalu senyum. Cuba rasa.
Sedap tak?”
Zafran menghela nafas sambil
menghirup cappuccinonya. “Boleh tahan...” Dia berkata dengan perlahan.
“Boleh tahan je?”
“What
do you expect?”
Liya mencebik. “Rasalah apple pie tu
pulak.”
“Sedap...” Liya tersenyum mendengar
kata-kata Zafran. “Sejak bila kau bukak kedai ni?” Zafran bertanya sambil
menghirup cappuccino.
“Hmm...dah dekat 3 tahun. Eh Zaf...
kenapa kau hilang macam tu je? Semua kawan-kawan kita cari kau tau tak? Haikal,
Taufiq, Tinah, Nahi... semualah! Hannah pun lost
contact dengan Maya tau.” Ucap Liya panjang lebar. Zafran hanya
memandangnya seketika sebelum menarik nafas.
“Sorry.”
Liya terdiam. Serta merta dia rasa
macam tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin sebab lapan tahun dia langsung tak
menatap muka Zafran dan tak mendengar kata-kata sarkastik dari mulut Zafran
membuatkan dia rasa lain macam. Ataupun mungkin kerana perkataan maaf yang baru
saja keluar dari mulut Zafran.
“Tak apa. At least, kau dah ada kat sini sekarang...”
“Assalamualaikum Liya...” Liya
mengangkat muka memandang lelaki yang berdiri di sebelah Zafran. Zafran turut
memandang ke arah yang sama.
“Waalaikumussalam Abang Ameer. Minum
macam biasa?” Sapa Liya dengan mesra sambil tersenyum.
Zafran masih lagi mengerling lelaki
di sebelahnya.
“Yup. Kali ni love pulak, boleh?”
Liya ketawa. “Boleh-boleh. Tunggu
kejap ye.”
Ameer mengangguk sebelum mengalihkan
pandangannya ke arah Zafran yang sedang memasukkan pai epal ke dalam mulutnya.
“Apple
pie Liya memang sedap.”
Zafran mengangguk. “Yup. Memang
sedap.”
“Nah, abang. Okey tak?” Liya
menghulurkan cawan yang berisi cappuccino kepada Ameer.
“Cantik!”
Zafran mengerling ke arah cawan
Ameer sebelum mengetap giginya.
‘Dekat Ameer tu boleh pulak buat love, dekat
aku ni? Gambar smiley?’
“Enjoy your cappuccino, Abang Ameer...”
Ameer
hanya mengangguk sebelum tersenyum ke arah Zafran. Zafran hanya membalas
seadanya. Sekali lagi pai epal dimasukkan ke dalam mulut.
“Siapa
tu?” Tanya Zafran setelah Ameer berlalu ke sebuah meja kecil di tepi tingkap.
“Regular customer.”
“Nampak
macam special je...” Kata Zafran lagi
sambil memandang Liya yang sejak Ameer datang, asyik tersenyum aje.
“Memang
special pun...”
“Special boyfriend?”
Liya
menggeleng. “Tak mainlah boyfriend
ni. Kalau suka, kahwin teruslah.” Balas Liya selamba sambil mengambil sebiji
kek cawan lalu diletakkan di hadapan Zafran.
“Dah
tu kenapa tak kahwin dengan dia?” Tanya Zafran lagi sambil memandang ke arah
kek cawan yang diberikan oleh Liya tadi.
“Kenapa
kau nak tahu?”
“Saja...
Ni untuk aku ke?” Zafran menunjuk ke arah kek cawan yang sudah dipegangnya.
“Yelah...”
“So, kenapa tak kahwin dengan dia?”
“Sebab
dia tak ajak aku kahwin dengan dia...”
“Kalau
dia ajak, kau nak kahwinlah dengan dia?” Zafran menyoal lagi.
“InsyaAllah...
Kalau ditetapkan dia jodoh aku...” Ujar Liya sambil mengemas pinggan dan cawan
Zafran yang sudah licin.
“Hmm...”
Zafran memandang jam di pergelangan tangannya. Dia memandang ke arah Ameer
sebelum kembali memandang Liya.
“Aku
balik dulu.”
“Nak
balik dah?”
Zafran
mengangguk. “Aku nak beri kau peluang sembang-sembang dengan Abang Ameer kau
tu. Assalamualaikum...” Ucapnya sebelum mengangkat tangan. Liya hanya melambai
kecil. “Waalaikumussalam...”
Lama
dia memandang pintu yang sudah lama tertutup. Perlahan-lahan dia menarik nafas.
Pertemuan kali pertama selepas lapan tahun yang agak pelik, kan?
6 comments:
cite nie sebenarnya nak ke versi cetak ke?
yiehaa...diaorg dh besar la......tak sbar rasenye nak bace full...moon : wish u best of luck yer...hehe..i'm waiting for this novel :D
wah..ni mesti da diapprove tuk publish ni, kan? kan? kan?
so sweet!
kak moon !!! sweet sgt~~ rindu lorr kat liya n zaf >.<
xsabar nak baca full version bertemu cinta...bila nak publish ni...confirm beli punya....
Post a Comment