“Kau
cuti kan esok?”
Liya
tercengang. Tiba-tiba Zafran telefon waktu tengah malam macam ni dan terus
tanya sama ada dia cuti ataupun tak hari ni. Nasib baik dia belum tidur kes
sibuk melihat resepi kek di dalam internet. “A’ah. Kenapa?”
“Teman
aku pergi Bukit Merah nak? Maya dengan Hannah pun ikut sekali.”
“Jauh
gila!”
“Kau
cuti kan? Apa salahnya pergi tempat jauh sikit?”
“Nak
buat apa kat sana?”
“Masak-masak.”
Sindir Zafran geram. Boleh dia tanya nak buat nak buat apa kat sana? Mestilah
nak pergi menenangkan fikiran.
Liya
tergelak kecil. Saja je sebenarnya nak buat Zafran bengang. “Pukul berapa?”
“Pukul
8 pagi. Esok aku dengan Maya datang ambik kau dengan Hannah. Jangan lewat!”
“Yelah.
Kalau dah sampai, call aku.”
“Okey.
Sorry ganggu malam-malam macam ni.”
“Nasib
baik aku belum tidur. Kalau tak, jangan haraplah aku nak join korang esok.”
Liya ketawa. Jarum jam yang semakin menginjak ke pukul 1 pagi dipandang. Lepas
ni dah boleh tidur.
“Yelah-yelah.
Pergi tidur tu. Esok nak bangun awal.”
“Fine,
Encik Zafran. Selamat malam. Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam...”
**
Maya
merenung lama baju di badan Zafran dan baju di badan Liya. Hannah pun turut
melakukan perkara yang sama sebelum kedua-duanya mengenyit mata lalu ketawa
kecil.
“Korang
berjanji ye pakai baju warna sama?”
“Tak.
Kebetulan je sama ni.” Balas Liya sambil membetulkan blouse labuhnya. Dia
merenung Zafran yang berada di sebelahnya. Macam mana dua-dua boleh pakai baju
warna coklat ni?
“Kan
abang dah cakap kita orang sehati sejiwa.”
Liya
ternganga. Kena hempuk jugak budak ni karang. Jawapan selalu melalut!
“Kau nak kena hempuk ke, Zaf?”
Hannah dan Maya serentak ketawa. Tak
habis-habis nak bergaduh. Nasib baik tetap comel walaupun asyik bergaduh macam
anjing dan kucing. Anjing dan kucing pun dah reti nak berbaik-baik sekarang ni.
“Garangnya!” Usik Zafran sambil
tersengih. “Jomlah bertolak. Nanti lambat pulak.”
“Jom!” Jerit Maya dan Hannah sebelum
bergegas masuk ke dalam kereta.
**
“Hannah dengan Maya nak pergi Orang
Utan Island.”
“Abang nak pergi Eco-Park!”
“Orang Utan Island laa...”
Zafran menggeleng. “Eco-Park!”
“Ala...” Mulut Maya dah memuncung.
Dia nak pergi tengok Orang Utan!
Liya pulak dah menggeleng. Sorang
nak ke Orang Utan Island, sorang lagi pulak nak ke Eco-Park. Kalau gaduh macam ni,
akhirnya balik je terus nanti.
“Dah! Kau dengan aku pergi Eco-Park!
Biar Maya dengan Hannah pergi Orang Utan Island. Okey?”
“Hmm...fine.” Balas Zafran, malas
nak fikir dah.
“Okey! Maya setuju! Jom Hannah...”
Terus ditariknya tangan Hannah ke jeti untuk Orang Utan Island selepas membeli
tiket manakala Liya dan Zafran pulak bergerak ke Eco-Park selepas turut membeli
tiket.
“Ada apa kat Eco-Park?”
Zafran menoleh ke arah Liya sebelum
ketawa. “Kau rasa?”
“Binatang?”
“Haa... pandai pun.”
Sapu tangan dikeluarkan dari beg
tangan lalu dilap ke muka. Memang panas betul cuaca kat sini. Mahunya lencun
dengan peluh bila dah masuk dalam Eco-Park tu nanti.
**
“Aku
nak masuk. Kau nak?” Mulut Zafran dimuncungkan ke arah Reptile House.
Cepat-cepat Liya menggeleng. “Terima kasih jelah. Aku tunggu luar je.”
“Kau takut?” Senyuman sinis terukir
di bibir Zafran.
Liya berdehem kecil. “Aku dah
penat.”
“Kalau takut, cakap jelah.”
Liya mengetap gigi sambil memandang
Zafran dengan pandangan mata yang tajam. Nanti ada yang aku humban masuk
kandang harimau!
“Kau nak masuk ke tak nak? Kalau
tak, aku nak tengok animal show ni.”
Terus Zafran ketawa apabila melihat
muka cemberut Liya. Dah takut pun, tak nak mengaku jugak. “Fine. Kita tengok
animal show.”
“Jom!” Liya terus memanjat anak
tangga meninggalkan Zafran di belakang. Zafran pula menggeleng kepala. Tak
menyempat betul! Macamlah animal show tu nak lari dari dia.
Selepas mendapat tempat duduk yang
agak di hadapan, terus Liya mengeluarkan minuman dari dalam beg. Tekak rasa
sangat dahaga. Peluh usah cakaplah. Kalau perah sapu tangan yang dia bawak ni,
memang dah penuh satu baldi. Kalau nak kuruskan badan, memang elok datang sini.
Sekejap je dah berpeluh!
“Minum sorang-sorang je.” Ucap
Zafran sambil mengeluarkan kamera dari dalam beg kameranya. Sempat dia
menangkap dua tiga keping gambar Liya yang sedang sibuk mengelap peluh.
“Kenapa tak beli tadi?”
“Malas...”
“Padan muka! Siapa suruh kau malas?”
Zafran hanya tersengih. Sebaik saja
persembahan bermula, dia terus mengambil tempat di sebelah Liya dengan kamera
difokuskan kepada tiga ekor burung kakak tua. Liya terus menepuk tangan apabila
jurulatih burung kakak tua tersebut memperkenalkan diri dan juga burung-burung
di bawah jagaannya.
“Kau memang suka animal show eh?”
“Suka! Comel kot tengok
haiwan-haiwan ni buat trick. Macam cool gila!”
“Selalulah kiranya kau tengok animal
show?”
Liya mengangguk. “Lebih kurang...
Oh, comelnya!” Liya menjerit teruja apabila burung kakak tua yang bernama Romie
berpura-pura mati ketika ditembak oleh jurulatihnya.
“Pandai betul kan burung-burung ni?”
Zafran mengangguk bersetuju. Dia
sendiri pun teruja. Rugi betul Maya dengan Hannah tak ikut diorang datang sini.
“Rugi betul Hannah dengan Maya kan?”
“Memang!”
Zafran berpaling ke arah Liya yang
masih lagi khusyuk memerhatikan aksi burung-burung kakak tua di hadapan mereka
sekarang. Secara tiba-tiba, senyuman terukir di bibirnya. Senang dia melihat
senyuman di bibir Liya.
“Apasal kau tengok aku ni?” Tanya
Liya. Rasa macam kurang selesa apabila asyik dipandang oleh Zafran.
“8 tahun tak jumpa. Kau nampak lain
sikit.”
“Apa yang lain?”
“Hmm... kau dah pakai mekap walaupun
sikit je.”
Liya gelak kecil. Pakai mekap pun
nak pelik ke? “Tak tebal kan? Cukuplah dengan eyeliner dengan lip balm ni.”
“Cukup. It suits you well.”
Liya senyum. Satu lagi perkara baru
mengenai Zafran adalah dia senang memuji sekarang ni. Kalau dulu, memang payah
nak puji orang.
“Kau sekarang ni suka puji orang
kan?”
“Aku tak puji kau. Tu memang
kenyataan.”
“Berlagak...”
Zafran jelir lidah dan kembali
menangkap gambar tanpa mempedulikan Liya yang tersengih-sengih dekat sebelah
dia.
p/s : Khas untuk kesayangan-kesayangan yang merindui Zafran dan Liya :D Enjoy!
5 comments:
aiwah!!!1st,tq sbb post ni sbg pengubat rindu...zaf sngt2 la macho bg akak n makin macho bila dewasa tp dgn daya tarik yg b'beza.senyum meleret bacer ni.nice mo0n! ^^
ha ha.. eksaited gile liya tengok romie .. akak pun rasa nak tengok persmbahan romie buat-buat mati .. haish...
alahai, maaf laa lambat baca.
sweet nya Zaf. ;) Moon lama lagi ke nak siap? tak sabar nak baca full. ^_^
kak jiba : hehehe..terima kasih kak jiba. :)
kak rin : hehehe..dulu moon pnah tgk animal show. Best gila!
afiqah : hehehe! takpe2 :) insyaAllah soon.
best3!!!cepat2 sambg writer saya dah xsabar neh..next episode plssss
Post a Comment