Pengumuman!

Assalamualaikum semua. Saya hanya akan update Dia, Mr Right! sekali dalam seminggu je ataupun bergantung pada keadaan sebab kalau post setiap hari, nanti bila dah nak stop.. kesian korang nak tunggu lama kan? So kiranya tak bolehlah nak update setiap hari. Thank you for your support ♥

Sedutan Bertemu Cintaku!



“Kau cuti kan esok?”
Liya tercengang. Tiba-tiba Zafran telefon waktu tengah malam macam ni dan terus tanya sama ada dia cuti ataupun tak hari ni. Nasib baik dia belum tidur kes sibuk melihat resepi kek di dalam internet. “A’ah. Kenapa?”
“Teman aku pergi Bukit Merah nak? Maya dengan Hannah pun ikut sekali.”
“Jauh gila!”
“Kau cuti kan? Apa salahnya pergi tempat jauh sikit?”
“Nak buat apa kat sana?”
“Masak-masak.” Sindir Zafran geram. Boleh dia tanya nak buat nak buat apa kat sana? Mestilah nak pergi menenangkan fikiran.
Liya tergelak kecil. Saja je sebenarnya nak buat Zafran bengang. “Pukul berapa?”
“Pukul 8 pagi. Esok aku dengan Maya datang ambik kau dengan Hannah. Jangan lewat!”
“Yelah. Kalau dah sampai, call aku.”
“Okey. Sorry ganggu malam-malam macam ni.”
“Nasib baik aku belum tidur. Kalau tak, jangan haraplah aku nak join korang esok.” Liya ketawa. Jarum jam yang semakin menginjak ke pukul 1 pagi dipandang. Lepas ni dah boleh tidur.
“Yelah-yelah. Pergi tidur tu. Esok nak bangun awal.”
“Fine, Encik Zafran. Selamat malam. Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam...”
**
Maya merenung lama baju di badan Zafran dan baju di badan Liya. Hannah pun turut melakukan perkara yang sama sebelum kedua-duanya mengenyit mata lalu ketawa kecil.
“Korang berjanji ye pakai baju warna sama?”
“Tak. Kebetulan je sama ni.” Balas Liya sambil membetulkan blouse labuhnya. Dia merenung Zafran yang berada di sebelahnya. Macam mana dua-dua boleh pakai baju warna coklat ni?
“Kan abang dah cakap kita orang sehati sejiwa.”
Liya ternganga. Kena hempuk jugak budak ni karang. Jawapan selalu melalut!
            “Kau nak kena hempuk ke, Zaf?”
            Hannah dan Maya serentak ketawa. Tak habis-habis nak bergaduh. Nasib baik tetap comel walaupun asyik bergaduh macam anjing dan kucing. Anjing dan kucing pun dah reti nak berbaik-baik sekarang ni.
            “Garangnya!” Usik Zafran sambil tersengih. “Jomlah bertolak. Nanti lambat pulak.”
            “Jom!” Jerit Maya dan Hannah sebelum bergegas masuk ke dalam kereta.
            **
            “Hannah dengan Maya nak pergi Orang Utan Island.”
            “Abang nak pergi Eco-Park!”
            “Orang Utan Island laa...”
            Zafran menggeleng. “Eco-Park!”
            “Ala...” Mulut Maya dah memuncung. Dia nak pergi tengok Orang Utan!
            Liya pulak dah menggeleng. Sorang nak ke Orang Utan Island, sorang lagi pulak nak ke Eco-Park. Kalau gaduh macam ni, akhirnya balik je terus nanti.
            “Dah! Kau dengan aku pergi Eco-Park! Biar Maya dengan Hannah pergi Orang Utan Island. Okey?”
            “Hmm...fine.” Balas Zafran, malas nak fikir dah.
            “Okey! Maya setuju! Jom Hannah...” Terus ditariknya tangan Hannah ke jeti untuk Orang Utan Island selepas membeli tiket manakala Liya dan Zafran pulak bergerak ke Eco-Park selepas turut membeli tiket.
            “Ada apa kat Eco-Park?”
            Zafran menoleh ke arah Liya sebelum ketawa. “Kau rasa?”
            “Binatang?”
            “Haa... pandai pun.”
            Sapu tangan dikeluarkan dari beg tangan lalu dilap ke muka. Memang panas betul cuaca kat sini. Mahunya lencun dengan peluh bila dah masuk dalam Eco-Park tu nanti.
            **
“Aku nak masuk. Kau nak?” Mulut Zafran dimuncungkan ke arah Reptile House. Cepat-cepat Liya menggeleng. “Terima kasih jelah. Aku tunggu luar je.”
            “Kau takut?” Senyuman sinis terukir di bibir Zafran.
            Liya berdehem kecil. “Aku dah penat.”
            “Kalau takut, cakap jelah.”
            Liya mengetap gigi sambil memandang Zafran dengan pandangan mata yang tajam. Nanti ada yang aku humban masuk kandang harimau!
            “Kau nak masuk ke tak nak? Kalau tak, aku nak tengok animal show ni.”
            Terus Zafran ketawa apabila melihat muka cemberut Liya. Dah takut pun, tak nak mengaku jugak. “Fine. Kita tengok animal show.”
            “Jom!” Liya terus memanjat anak tangga meninggalkan Zafran di belakang. Zafran pula menggeleng kepala. Tak menyempat betul! Macamlah animal show tu nak lari dari dia.
            Selepas mendapat tempat duduk yang agak di hadapan, terus Liya mengeluarkan minuman dari dalam beg. Tekak rasa sangat dahaga. Peluh usah cakaplah. Kalau perah sapu tangan yang dia bawak ni, memang dah penuh satu baldi. Kalau nak kuruskan badan, memang elok datang sini. Sekejap je dah berpeluh!
            “Minum sorang-sorang je.” Ucap Zafran sambil mengeluarkan kamera dari dalam beg kameranya. Sempat dia menangkap dua tiga keping gambar Liya yang sedang sibuk mengelap peluh.
            “Kenapa tak beli tadi?”
            “Malas...”
            “Padan muka! Siapa suruh kau malas?”
            Zafran hanya tersengih. Sebaik saja persembahan bermula, dia terus mengambil tempat di sebelah Liya dengan kamera difokuskan kepada tiga ekor burung kakak tua. Liya terus menepuk tangan apabila jurulatih burung kakak tua tersebut memperkenalkan diri dan juga burung-burung di bawah jagaannya.
            “Kau memang suka animal show eh?”
            “Suka! Comel kot tengok haiwan-haiwan ni buat trick. Macam cool gila!”
            “Selalulah kiranya kau tengok animal show?”
            Liya mengangguk. “Lebih kurang... Oh, comelnya!” Liya menjerit teruja apabila burung kakak tua yang bernama Romie berpura-pura mati ketika ditembak oleh jurulatihnya.
            “Pandai betul kan burung-burung ni?”
            Zafran mengangguk bersetuju. Dia sendiri pun teruja. Rugi betul Maya dengan Hannah tak ikut diorang datang sini.
            “Rugi betul Hannah dengan Maya kan?”
            “Memang!”
            Zafran berpaling ke arah Liya yang masih lagi khusyuk memerhatikan aksi burung-burung kakak tua di hadapan mereka sekarang. Secara tiba-tiba, senyuman terukir di bibirnya. Senang dia melihat senyuman di bibir Liya.
            “Apasal kau tengok aku ni?” Tanya Liya. Rasa macam kurang selesa apabila asyik dipandang oleh Zafran.
            “8 tahun tak jumpa. Kau nampak lain sikit.”
            “Apa yang lain?”
            “Hmm... kau dah pakai mekap walaupun sikit je.”
            Liya gelak kecil. Pakai mekap pun nak pelik ke? “Tak tebal kan? Cukuplah dengan eyeliner dengan lip balm ni.”
            “Cukup. It suits you well.”
            Liya senyum. Satu lagi perkara baru mengenai Zafran adalah dia senang memuji sekarang ni. Kalau dulu, memang payah nak puji orang.
            “Kau sekarang ni suka puji orang kan?”
            “Aku tak puji kau. Tu memang kenyataan.”
            “Berlagak...”
            Zafran jelir lidah dan kembali menangkap gambar tanpa mempedulikan Liya yang tersengih-sengih dekat sebelah dia.

p/s : Khas untuk kesayangan-kesayangan yang merindui Zafran dan Liya :D Enjoy!

5 comments:

k.jiba said...

aiwah!!!1st,tq sbb post ni sbg pengubat rindu...zaf sngt2 la macho bg akak n makin macho bila dewasa tp dgn daya tarik yg b'beza.senyum meleret bacer ni.nice mo0n! ^^

RinsyaRyc said...

ha ha.. eksaited gile liya tengok romie .. akak pun rasa nak tengok persmbahan romie buat-buat mati .. haish...

Afiqahai said...

alahai, maaf laa lambat baca.
sweet nya Zaf. ;) Moon lama lagi ke nak siap? tak sabar nak baca full. ^_^

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

kak jiba : hehehe..terima kasih kak jiba. :)

kak rin : hehehe..dulu moon pnah tgk animal show. Best gila!

afiqah : hehehe! takpe2 :) insyaAllah soon.

Anonymous said...

best3!!!cepat2 sambg writer saya dah xsabar neh..next episode plssss